Saturday, December 18, 2010

hidroponik





Penanaman hidroponik adalah satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah.Hidroponik berasal daripada perkataan Greek, hydro iaitu air dan ponos yang maksud bekerja.Ia antara kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah.Selain sayur-sayuran jenis berdaun dan sayur jenis buah, pokok bunga juga boleh ditanam secara hidroponik.

Kaedah berkenaan memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air.Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja digunakan, benih yang elok dan cahaya matahari secukupnya.

Ia antara kaedah menanam paling senang, murah dan dilaksanakan tanpa memerlukan kawasan yang luas.

Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:
1) Takungan hidroponik
  • Takungan hidroponik seharusnya tidak telus cahaya, serap panas dan berkarat.
  • Dicadangkan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar.
  • Takung itu perlu dilengkapkan dengan penutup polistrin berlubang serta bakul semaian.

2) Penutup takungan/polistrin
  • Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari dan kemasukan air hujan yang mencairkan larutan baja.
  • Bahan yang sesuai sebagai penutup ialah kertas tebal, plastik atau polisterina.
  • Penutup hendaklah mempunyai lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian.
  • Jarak lubang adalah bergantung pada jenis tanaman.


3) Bakul semaian
  • Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang di penutup takung.
  • Benang atau perca kain dari jenis yang boleh menyerap air boleh diletakkan dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
  • Juntaikan perca kain atau benang itu melalui lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan baja.


4) Penyediaan larutan baja hidroponik
  • Gunakan baja hidroponik komersial dengan kadar yang disyorkan pada label.
  • Air paip atau tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja perlu lama tersimpan kerana ia bebas daripada klorin.
  • Air hujan juga boleh digunakan.


5) Menyemai
  • Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian
  • Tinggalkan 1-2 sebakul seminggu selepas benih bercambah.
  • Elakkan benih terendam dalam larutan.

6) Penjagaan
  • Letakkan alat hidroponik di bahagian balkoni rumah yang terlindung daripada hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.
  • Pastikan takungan terlindung dari air hujan.
  • Kawalan serangga atau penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian pokok yang diserang.
  • Elakkan semburan racun kimia seurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

Tuesday, December 7, 2010

Ternakan ikan air tawar

Ternakan ikan air tawar bermaksud menternak haiwan akuatik, memberi pengawasan dan penjagaan untuk mendapatkan keuntungan ekonomi dan sosial.

Kepentingan menternak ikan air tawar

1. Sebagai sumber makanan berprotein
Daging ikan mengandungi peratus protein yang tinggi dan mudah di hadam.

2. Sumber pendapatan
Permintaan untuk ikan sentiasa wujud.Oleh itu pasaran untuk ikan segar sentiasa wujud.Ini merupakan sumber pendapatan yang penting kepada penternak ikan.

3. Sesuai untuk ladang campuran
Najis ternakan boleh digunakan untuk membaja kolam ikan dan boleh digunakan sebagai
makanan ternakan.

4. Kawasan terbiar dapat digunakan semula
Bekas lombong dan paya dpat digunakan untuk menternak ikan.Oleh itu kawasan tersebut
tidak dibazirkan malah dapat membawa keuntungan yang lumayan.

Jenis ikan air tawar

  1. Jenis ikan air tawar yang biasa dipelihara ialah tilapia merah, patin, baung, keli, kap kepala besar,kap rumput, lampam jawa, sepat siam, haruan dan puyu.
  2. Jenis ikan air tawar dikategorikan kepada tiga kumpulan mengikut tabiat makan iaitu;

Kategori

Jenis ikan

a) Pemakan permukaan

Kalui, lampam jawa, kap rumput

b) Pemakan plankton (pertengahan air)

Tilapia merah, kap kepala besar, sepat siam

c) Pemakan bawah

Lee koh, jelawat, baung


Sistem ternakan

a) Sistem ternakan ikan air tawar yang biasa dijalankan adalah:

a) kolam tanah
b) kolam konkrit (tangki semen)
c) tangki gentian kaca (fiberglass)
d) kandang (pens)
e) bekas lombong
f) sangkar terapung

b) Faktor pemilihan yang mempengaruhi sistem ternakan ikan air tawar adalah:

  • topografi
  • spesis ikan yang hendak dipelihara
  • kuantiti dan kualiti sumber air
  • skala ternakan
  • modal yang ada

Monday, December 6, 2010

Apakah kapur pertanian?

Kapur adalah sejenis bahan yang digunakan untuk menaikkan skala pH tanah atau yang lebih mudah difahami ialah untm memulih kemasaman tanah.Pada amnya terdapat dua kumpulan serbuk kapur yang digunakan dalam pertanian.Satu daripadanya ialah kapur magnesium.Satu kumpulan lagi ialah kalsium hidrosida.Untuk mengetahui perbezaan dan kelebihan tiga jenis serbuk kapur yang digunakan adalah seperti berikut:
Serbuk kalsium karbonat atau batu kapur dihasilkan daripada memproses batu kapur atau batu marmar secara mengisar sehingga bertukar fizikal menjadi serbuk halus.Proses ini adlah lebih mudah dan menjimatkan belanja.Serbuk kalsium karbonat atau batu kapur yang digunakan lambat dan memerlukan beberapa bulan untuk menaikkan skala pH (mengurangkan kemasaman) tabah.Penggunaan serbuk kalsium karbonat perlu dilakukan dua tiga bulan sebelum kerja menanam dilakukan kerana pada peringkat awal kalsium karbonat mengeluarkan suhu panas yang boleh mengakibatkan pokok mati.Untuk mempercepatkan tindak balas menaikkan skala pH (mengurangkan kemasaman) tanah, kalsium karbonat perlu menjalani rawatan tambahan sehingga bertukar kepada kalsium oksida.Proses ini dijalankan dengan memanskan kalsium karbonat sehingga melebihi 600 darjah celcius.Selanjutnya air akan dipercikkan sedikit demi sedikit kepada kalsium dioksida supaya berubah menjadi kalsium hidroksida.Proses ini memerlukan suhu yang amat tinggi dan hasilnya ialah kalsium hidroksida tidak mengeluarkan sebarang tindak balas haba sewaktu penggunaannya di ladang.Amalan petani menggunakan kalsium karbonat untuk menaikkan skala pH biasanya akan memberi kesan melecur kepada akar dan kadang kala boleh membunuh pokok.Satu lagi kelebihan kalsium hidrosida ialah mudah larut dalam air dan bertindak dengan lebih cepat.

Yang mana satu perlu digunakan kalsium karbonat atau kalsium hidrosida?

Kegunaan bagi kedua dua bahan ini adalah sama tetapi mempunyai kelebihan yang berbeza.Pemilihan yang mana lebih sesuai adalah bergantung kepada cara, masa dan tujuan penggunaan.Sekiranya menggunakan serbuk kalsium karbonat kesan tindakannya adalah lebih lambat berbanding menggunakan kalsium hidrosida tindakannya segera.Kini terdapat satu lagi produk serbuk kapur yang baru diperkenalkan dalam pasaran.Serbuk kapur ini dihasilkan daripada kalsium karbonat yang mengandungi unsur magnesium.Serbuk kapur dinamakan dolomite yang mengandungi kedua-dua unsur kalsium dan magnesium.Harga pasaran dolomite adalah lebih mahal daripada harga kalsium karbonat tetapi lebih murah daripada kalsium hidrosida.


Tips:Menambah daya penyerapan nutrien bagi pokok dan akan memberi kesan optimum kepada amaln pembajaan.

Mengapa tanah menjadi masam

Terdapat beberapa faktor yang boleh mengubah keasidan tanah seperti berikut:
  1. Asal kejadian tanah secara semulajadi adalah terhasil daripada mendapan hakisan batu-batan.
  2. Kandungan unsur utama dalam batu-batan induk boleh menentukan pH sesuatu tanah.Sebagai contoh, tanah yang terdapat di persekitaran Banjaran Besar Semenanjung mempunyai pH yang rendah (asid) kerana tanah ini terhasil daripada batu batan granit.
  3. Kehilangan ion seperti kalsium (Ca++), Magnesium (Mg++) dan Kalsium (Kt) melalui larut resap.Kejadian ini berlaku dengan serius di Malaysia kerana keadaan cuaca di negara kita yang menerima banyak taburan hujan sepanjang tahun.
  4. Pereputan bahan organik akan menghasilkan bahan berasid.Sebagai contoh asid organik dan asid bukan organik dihasilkan melalui penguraian bahan organik.
  5. Penggunaan sesetengah baja seperti baja ammonium sulfat boleh meninggalkan kesan keasidan pada tanah.
  6. Penambahan asid karbonik dalam tanah terjadi apabila gas karbon dioksida dari atmosfera terlarut dalam air hujan membentuk asid karbonik iaitu sejenis asid lemah.Asid ini boleh menghasilkan ion hidrogen dan ion bikarbonat.
  7. Respirasi akar tumbuhan dan organisma tanah juga menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh membentuk asid karbonik apabila terlarut dalam air tanah.
  8. Gas nitrogen dioksida akan larut dalam air hujan dan membentuk asid nitrik yang akan memberi kesan keasidan.

kepentingan kapur kepada tanah pertanian

Kemasaman sesuatu tanah dapat diukur dengan unit skala pH, sebagaimana yang boleh ditentukan oleh meter pH.Ukuran skala pH mempunyai 14 unit bermula dari pH 0 sehingga pH 14.Manakala pH 7 merupakan paras neutral, manakala bacaan pH yang yang rendah dari pH 7 dianggap dalam lingkungan tanah asid (masam) dan begitu juga sebaliknya tanah yang mempunyai bacaan melibihi pH 7 adalahtergolong dalam lingkungan tanah beralkali.
Kebanyakkkan tanah di Malaysia adalah tergolong dalam pH antara 4.5 ke 6.0.Manakala tanah gambut dan tanah asid sulfat yang terdapat di kebanyakkan pesisiran pantai barat semenanjung mempunyai bacaan pH kurang daripada 4 (masam).Boleh dikatakan kebanyakkan tanaman tropika seperti durian, limau cempedak dan tanaman sayuran berdaun dan lain-lain sesuai tumbuh dengan subur di tanah yang mempunyai kemasaman tanah antara pH 5.5 - 6.5.Dengan sebab itulah petani patut menggunakan kapur sebagai langkah menaikkan paras pH tanah sebagaimana amalan membaja yang biasa mereka lakukan.
Pelbagai jenis alat membaca skala pH yang terdapat dalam pasaran termasuklah jenis meter yang dicucuk pH digital.Alat pembaca meter pH yang digunakan dalam makmal 'determination elektronik pH meter' memberi bacaan pH yang paling tepat tetapi tidak praktikal bagi kegunaan ladang.

Kepentingan tanah

Terdapat beberapa kepentingan tanah yang saya boleh huraikan disini.Antaranya ialah;

a) Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
- tempat cengkaman akar tumbuhan
- tumbuhan tumbuh tegak untuk mendapatkan cahaya yang cukup

b) Membekalkan nutrien kepada tumbuhan
- tempat menyimpan nutrien
- nutrien berasal daripada bahan organik, butiran galian atau baja yang diasalkan
- nutrien terhasil apabila bahan organik terurai

c) Membekalkan oksigen kepada akar tumbuhan
- akar tumbuhan menjalankan respirasi dan perlu bekalan oksigen yang mencukupi untuk
mengelakkan daripada reput atau mati
- ruang diantara kumin-kumin tanah membenarkan udara atmosfera masuk dan keluar
daripada tanah.
- Kandungan udara dalam tanah bergantung kepada tekstur tanah dan kandungan air
di dalamnya.

d) Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
- kumin tanah dapat memegang air dan membekalkan kepada akar tumbuhan
- air terdapat dalam bentuk filem yang meliputi kumin tanah, wap atau cecair yang boleh
mengalir
- kandungan air bergantung kepada hujan, angin suhu dan pengairan.

Saturday, December 4, 2010

Apa itu Kemahiran Hidup?

  1. Subjek kemahiran hidup terbahagi kepada 2 bahagian
    1. Teras
    2. Elektif
  2. Bahagian teras diwajibjan semua pelajar mengikuti dan mempelajarinya meliputi kemahiran bahagian
    1. Reka bentuk
    2. Elektrik
    3. Tanaman
    4. Jahitan
    5. Kerja paip asas
    6. Asas perniagaan
  1. Bahagian elektif pula terbahagi kepada 4 pilihan iaitu
    1. Pilihan KT - Kemahiran Teknikal
    2. Pilihan ERT - Ekonomi Rumah Tangga
    3. Pilihan PD - Perdagangan
    4. Pilihan SPN - Sains Pertanian
  1. Subjek kemahiran dipelajari secara lebih khusus di dalam bengkel atau makmal kemahiran hidup
  2. Bengkel atau makmal kemahiran hidup perlulah
    1. Dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan untuk proses pembelajaran
    2. Terdapat ruang yang sesuai untuk pelajar belajar dan membuat latihan
    3. Peraturan yang diamalkan untuk mengekalkan keselamatan , kebersihan , dan keselesaan untuk belajar dan membuat latihan

Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup

  1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru
  2. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
  3. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
  4. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru
  5. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
  6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan
  7. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

Tentang blog

Blog ini dibina adalah khas untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran kemahiran hidup dan sains pertanian.

Friday, December 3, 2010

Sumber dan kegunaan elektrik

PENGENALAN

Apa itu elektrik

Setiap benda di alam seperti bintang, planet, tubuh anda dan sebagainya terbina daripada atom yang memang tidak dapat kita lihat kerana saiznya yang terlalu kecil.

Setiap atom mempunyai nukleus yang letaknya di tengah. Nukleus dikeliling oleh zarah yang lebih kecil iaitu elektron yang bergerak mengelilingi nukleus. Bahan seperti logam, yang membenarkan arus elektrik melaluinya dengan mudah dinamakan penkonduksian dan mempunyai elektron bebas bergerak melintasi bahagian luar atom yang lain. Apabila wayar logam dihubungkan kepada sebuah bateri, elektron bebas mula bergerak di sepanjang wayar tersebut, dari satu atom ke atom yang lain. Pergerakan elektron inilah dinamakan arus elektrik.

SUMBER ELEKTRIK

BAGAIMANA ELEKTRIK DIHASILKAN

Elektron mengalir menghasilkan arus elektrik. Daya yang boleh menggerakkan elektron keluar dari orbitnya mengalirkan arus menjadi punca tenaga elektrik. Kesemua punca-punca tenaga elektrik ini berdasarkan dua kriteria iaitu cas negatif menolak elektron sementara cas positif menarik elektron. Atau kedua-dua cas ini masing-masing menolak dan menarik elektron secara berterusan

Haba sebagai sumber elektrik

Tenaga haba bertukar menjadi tenaga elektrik melalui prinsip termokupel. Jika dua logam yang berlainan jenis yang dibelit dan dipanaskan di hujungnya bersama-sama, beza upaya akan wujud di antara kedua-dua logam tersebut kerana elektron bebas dari satu logam berpindah kepada logam yang satu lagi dan cas-cas elektrik akan dihasilkan. Perbezaan suhu antara hujung logam yang dipanaskan dan yang yang tidak dipanaskan menentukan banyaknya tenaga elektrik.

Tenaga elektrik yang diperoleh secara kepanasan tidaklah besar, namun tenaga ini amat berguna seperti dalam alat penyukat suhu kepanasan enjin kereta, ketuhar dan relau gas automatik.

Geseran sebagai sumber elektrik

Apabila dua bahan yang berlainan digosok atau digeserkan antara satu sama lain, elektron di dalam suatu bahan akan keluar dari atomnya dan berpindah ke bahan yang satu lagi. Ini menyebabkan bahan yang menerima kelebihan elektron akan bercas negatif dan bahan yang kehilangan elektron bercas positif. Sebagai contoh, jika sebatang kaca digeserkan dengan kain sutera pada satu arah, elektron yang berada di batang kaca itu akan berpindah ke kain sutera dan menjadikan batang kaca itu bercas positif sementara kain sutera yang menerima elektron akan bercas negatif.

Walaupun penghasilan tenaga elektrik secara geseran ini kecil, ia masih digunakan oleh sesetengah alat elektrik. Misalnya dalam alat pembersih kotoran, penapis udara, mesin fotostat, proses mengecat dan janakuasa Van de Graaff.

Tindakan kimia sebagai sumber elektrik

Jika dua bahan logam tertentu dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi bahan kimia tertentu satu tindakan kimia akan berlaku di mana elektron kedua-dua bahan tersebut akan bergerak bebas. Jika seutas dawai disambungkan di antara kedua-dua bahan logam itu, arus elektrik akan mengalir. Bateri kereta, lampu suluh, mesin kira dan sebagainya adalah contoh alat-alat yang menggunakan tindakan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Contoh;

Sel Kering

Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Karbon yang berada di tengah-tengah bertindak sebagai punca positif. Campuran ammonium klorida dan mangan bertindak sebagai elektrolit dan bekas zink bertindak sebagai punca negatif.

Sel alkali

digunakan dalam peralatan bervoltan rendah seperti peralatan permainan kanak-kanak, lampu suluh dan jam dinding

terdapat dalam pelbagai saiz dan voltan yang berlainan seperti 1.5V, 6V, 9V, dan 12V.

tidak boleh dicas semula

Sel merkuri

didapati dalam pelbagai saiz

digunakan dalam kalkulator dan jam tangan

tidak boleh dicas semula

Sel lithium

digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan tinggi dalam jangka masa yang lama

Contoh peralatan = kamera, computer, dan telefon bimbit

boleh dicas semula

Sel nikel kadmium

digunakan pada peralatan tanpa wayar (cordless)

boleh dicas semula

Sel Basah

Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia dapat dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri daripada plumbum, plumbun peroksida, asid sulfurik, dan kayu kertas. Plumbun peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum sebagai elektrod negatif dan asid sulfurik cair sebagai elektrolitnya. Kayu kertas ialah penyelang. Bekas sel basah dibuat daripada plastik atau getah. Plat positif berbilangan ganjil dan plat negatif berbilangan genap. Voltan sel asid plumbum biasa ialah 2 volt. Voltan sel basah kereta dan lori ialah 6 volt dan 12 volt. Apabila paras elektrolit berkurangan,boleh dipenuhkan dengan air suling.


Cahaya sebagai sumber elektrik

Cahaya merupakan satu tenaga. Ia mengandungi zarah-zarah halus yang dikenali sebagai foton. Apabila foton-foton ini terkena pada bahan-bahan tertentu seperti selenium, elektron bebas pada selenium akan bergerak keluar jika seutas dawai disambungkan kepadanya. Di antara bahan yang akan membebaskan elektron apabila terkena cahaya ialan caesium, lithium dan selenium.

Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima pancaran cahaya. Prinsip ini digunakan dalam sel solar

pada kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk kamera.


Sel solar

satu sumber arus terus di mana pancaran cahaya matahari boleh menghasilkan arus elektrik

digunakan untuk menghidupkan jam digital, mesin pengira digit dan stesen janakuasa solar yang memberi bekalan elektrik di makmal angkasa

Sel foto

menerima cahaya matahari menghasilkan tenaga elektrik.

Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi tenaga elektrik dihasilkan

Fotovoltan merupakan satu contoh bagaimana tenaga elektrik diperolehi daripada cahaya. Apabila dua daripada bahan yang peka kepada cahaya itu dicantumkan dan dipancarkan cahaya pada satu daripada permukaannya, elektron dari salah satu bahan itu akan berpindah kepada bahan yang lain. Ini menyebabkan satu bahan mengalami kelebihan elektron dan satu bahan lagi mengalami kekurangan elektron. Bahan yang mengalami kelebihan elektron akan menjadi bercas negatif sementara bahan yang kekurangan elektron akan menjadi bercas positif. Jika seutas dawai bersama meter penyukat arus disambungkan di antara dua bahan itu, jarum meter akan bergerak menandakan tenaga elektrik telah terhasil.

Sel solar yang digunakan untuk menghidupkan jam digital,mesin pengira digit dan stesen janakuasa solar yang memberi bekalan elektrik di makmal angkasa ialah beberapa contoh penggunaan tenaga elektrik yang diperoleh daripada tenaga cahaya.


Tekanan sebagai sumber elektrik

Apabila sejenis hablur seperti kuarza atau garam Rochelle dihimpit dan ditekan di antara dua logam, elektron yang terdapat pada hablur itu akan berpindah ke salah satu logam itu dan menjadikan logam itu bercas negatif. Logam yang satu lagi akan ditarik elektronnya oleh hablur itu dan menjadi bercas positif.

Pada masa ini, dua kekutuban yang bertentangan telah wujud. Jika disambungkan logam-logam itu dengan meter galvanian, jarum meter itu akan bergerak. Ini menunjukkan arus telah mengalir dan tenaga elektrik telah dihasilkan. Kuasa elektrik yang dihasilkan bergantung kepada banyaknya tekanan dikenakan ke atas Kristal(hablur)yang terkapit di antara dua plat logam. Tenaga elektrik yang diperolehi daripada tekanan tidaklah besar, namun begitu ia tetap berguna untuk penggunaan seharian. Misalnya ia digunakan pada mikrofon tekanan dan kepala pemain piring hitam dan penyala gas