Saturday, December 18, 2010

hidroponik





Penanaman hidroponik adalah satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah.Hidroponik berasal daripada perkataan Greek, hydro iaitu air dan ponos yang maksud bekerja.Ia antara kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah.Selain sayur-sayuran jenis berdaun dan sayur jenis buah, pokok bunga juga boleh ditanam secara hidroponik.

Kaedah berkenaan memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air.Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja digunakan, benih yang elok dan cahaya matahari secukupnya.

Ia antara kaedah menanam paling senang, murah dan dilaksanakan tanpa memerlukan kawasan yang luas.

Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:
1) Takungan hidroponik
  • Takungan hidroponik seharusnya tidak telus cahaya, serap panas dan berkarat.
  • Dicadangkan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar.
  • Takung itu perlu dilengkapkan dengan penutup polistrin berlubang serta bakul semaian.

2) Penutup takungan/polistrin
  • Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari dan kemasukan air hujan yang mencairkan larutan baja.
  • Bahan yang sesuai sebagai penutup ialah kertas tebal, plastik atau polisterina.
  • Penutup hendaklah mempunyai lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian.
  • Jarak lubang adalah bergantung pada jenis tanaman.


3) Bakul semaian
  • Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang di penutup takung.
  • Benang atau perca kain dari jenis yang boleh menyerap air boleh diletakkan dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
  • Juntaikan perca kain atau benang itu melalui lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan baja.


4) Penyediaan larutan baja hidroponik
  • Gunakan baja hidroponik komersial dengan kadar yang disyorkan pada label.
  • Air paip atau tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja perlu lama tersimpan kerana ia bebas daripada klorin.
  • Air hujan juga boleh digunakan.


5) Menyemai
  • Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian
  • Tinggalkan 1-2 sebakul seminggu selepas benih bercambah.
  • Elakkan benih terendam dalam larutan.

6) Penjagaan
  • Letakkan alat hidroponik di bahagian balkoni rumah yang terlindung daripada hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.
  • Pastikan takungan terlindung dari air hujan.
  • Kawalan serangga atau penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian pokok yang diserang.
  • Elakkan semburan racun kimia seurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

No comments:

Post a Comment