Monday, December 6, 2010

Mengapa tanah menjadi masam

Terdapat beberapa faktor yang boleh mengubah keasidan tanah seperti berikut:
  1. Asal kejadian tanah secara semulajadi adalah terhasil daripada mendapan hakisan batu-batan.
  2. Kandungan unsur utama dalam batu-batan induk boleh menentukan pH sesuatu tanah.Sebagai contoh, tanah yang terdapat di persekitaran Banjaran Besar Semenanjung mempunyai pH yang rendah (asid) kerana tanah ini terhasil daripada batu batan granit.
  3. Kehilangan ion seperti kalsium (Ca++), Magnesium (Mg++) dan Kalsium (Kt) melalui larut resap.Kejadian ini berlaku dengan serius di Malaysia kerana keadaan cuaca di negara kita yang menerima banyak taburan hujan sepanjang tahun.
  4. Pereputan bahan organik akan menghasilkan bahan berasid.Sebagai contoh asid organik dan asid bukan organik dihasilkan melalui penguraian bahan organik.
  5. Penggunaan sesetengah baja seperti baja ammonium sulfat boleh meninggalkan kesan keasidan pada tanah.
  6. Penambahan asid karbonik dalam tanah terjadi apabila gas karbon dioksida dari atmosfera terlarut dalam air hujan membentuk asid karbonik iaitu sejenis asid lemah.Asid ini boleh menghasilkan ion hidrogen dan ion bikarbonat.
  7. Respirasi akar tumbuhan dan organisma tanah juga menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh membentuk asid karbonik apabila terlarut dalam air tanah.
  8. Gas nitrogen dioksida akan larut dalam air hujan dan membentuk asid nitrik yang akan memberi kesan keasidan.

No comments:

Post a Comment