Thursday, December 2, 2010

Plag

Plag

3 pin

· 5 ampere

· 13 ampere

· 15 ampere

Plag 3 pin

· Plag 3 pin diperoleh dalam tiga jenis iaitu:-

· Plag 3 pin mempunyai tiga tamatan dan dihubungkan kepada kabel teras 3.

· Sambungannya adalah seperti yang berikut:-

o Tamatan hidup (L) – disambung ke wayar berwarna perang.

o Tamatan neutral (N) – disambung ke wayar berwarna biru.

o Tamatan bumi (E) – disambung ke wayar berwarna hijau/kuning.

· Kod warna pada kabel teras tiga adalah seperti berikut :-

o Perang – dihubungkan ke tamatan hidup. Teras ini membawa arus.

o Biru – dihubungkan ke tamatan neutral. Teras ini melengkapkan litar.

o Hijau berjalur kuning – dihubungkan ke tamatan bumi. Teras ini mengalirkan arus elektrik yang bocor ke bumi.


Plag 2 pin

· Plag 2 pin menggunakan kabel teras kembar.

· Terdapat dua tamatan iaitu teras hidup (L) dan teras neutral (N)

· Plag ini digunakan untuk menyambung alat-alat elektrik berkuasa rendah seperti radio, television, jam elektrik dan sebagainya.

Plag ini menggunakan arus 2 ampere sahaja

Soket

1. Soket jenis tetulang

2. Soket jenis skru

3. Soket Alur Keluar

Soket Jenis Tetulang dan Skru

· Soket lampu digunakan untuk memegang mentol.

· Terdapat dua jenis soket lampu iaitu jenis skru dan tetulang.

· Penyuai mempunyai 2 tamatan.

· Soket dan penyuai dibuat daripada bakelit dan loyang


Soket Alur Keluar

Takrif

Soket alur keluar ialah punca sambungan (sentuhan) betina yang dipasangkan ke pemasangan tetap. Soket alur keluar boleh menerima satu palam untuk menyambungkan bekalan ke alat-alat mudah alih.

Terdapat berbagai-bagai saiz, bentuk dan jenis soket alur keluar iaitu dua, tiga atau empat sentuhan atau punca sambungan.

· Kadaran soket alur keluar mengikut piawaian British (BS) ialah 2 A, 5 A, 13 A, 15 A dan 30 A untuk penggunaan biasa dan 16 A, 32 A, 63 A untuk industri

· Tapak soket alur keluar dibuat daripada tembikar, kaca bakelit, plastik, atau daripada bahan penebat yang teguh. Hujung sentuhan di belakang soket ditutup agar tidak bersentuh dari luar, kecuali disebelah palam dimasukkan.

Peraturan Penggunaan soket alur keluar.

553-1

· Palam dan soket alur keluar hendaklah dipilih mengikut kehendak peraturan 553-2 hingga 553-8

· Tidak mungkin dimasukkan sebarang jenis pin palam ke punca hidup soket alur keluar sedangkan pin yang lain masih terdedah, kecuali palam untuk soket alur keluar voltan lampau rendah.

· Tidak mungkin dimasukkan sebarang jenis pin palam ke punca hidup soket alur keluar dalam pemasangan yang serupa selain soket alur keluar yang telah direka khas untuknya.

· Pada litar yang menggunakan system TN dan TT, palamnya hendaklah daripada jenis yang tidak boleh berbalik pinnya. Palam ini biasanya mempunyai fius dan ia hendaklah direka bentuk agar fius itu tidak boleh dipasang pada pengalir neutral.

553-3

· Pada litar voltan rendah, palam dan soket alur keluar hendaklah dibuat mengikut kehendak BS (British Standard) kecuali apabila peraturan 553 digunakan.

553-5

· Palam dan soket alur keluar selain BS boleh digunakan untuk litar a.u fasa tunggal atau a.t dua dawai pada voltan yang tidak melebihi 250 V

· Untuk sambungan jam elektrik-palam dan soket alur keluar direka kha, palamnya berfius dengan kadaran tidak melebihi 3 A mengikut BS 646, 1362

· Untuk sambungan pencukur elektrik-soket alur keluar berada dalam unit bekalan pencukur BS 3052 atau dalam bilik selain bilik mandi.

· Untuk litar yang mempunyai ciri-ciri khas seperti litar penggera kebakaran.

553-2

· Setiap palam dan soket alur keluar hendaklah tidak boleh berbalik pinnya (hanya satu arah sahaja yang boleh masuk ke dalam soket alur keluar) dan direka agar fius itu tidak boleh bersambungan dengan pengalir pelindung kecuali untuk bekalan voltan keselamatan yang amat rendah

553-8

· Jika soket alur keluar dipasang (dicagak) menegak ke dinding atau sebarang struktur, soket itu hendaklah berada pada ketinggian tidak kurang daripada atas paras lantai (kira-kira 30 cm) atau sebarang permukaan kerja. Tujuannya ialah untuk mengurangkan bahaya mekanik pada palam soket alur keluar atau kabel/kord mudah lentur semasa memasang atau menanggalkan palam.

553-9

· Apabila kelengkapan mudah alih hendak digunakan, kedudukannya dari soket alur keluar hendaklah bersesuaian (mudah dicapai) jarak/pemegang kabel/kord mudah lentur untuk kebanyakkan peralatan dan pelampuan ialah 1.5 hingga 2 meter.

553-4

· Soket alur keluar untuk kegunaan di rumah atau di tempat kediaman hendaklah dari jenis bertutup bagi pemasangan a.t. jika boleh mematuhi kehendak BS 1363. Nota- Soket alur keluar BS 1363 sesuai untuk suhu ambient 350 C dan puratanya 250 C dalam jangka masa 24

514-8

· Papan kenyataan bertulis “UNTUK KELENGKAPAN LUAR” hendaklah dipasang pada atau berhampiran dengan soket alur keluar yang digunakan untuk membekalkan peralatan luar zon ikatan sama upaya pemasangan itu. Papan kenyataan dan tulisan dendaklah tahan lama.

471-17

Soket alu keluar 32 A atau kurang yang dipasang di luar bangunan untuk bekalan kelengkapan mudah alih, sekurang-kurangnya satu daripada soket alur keluar itu hendaklah :

· Sesuai tempatnya untuk bekalan kelengkapan itu

· Mempunyai kenyataan mengikut peraturan 514-8

· Mengadakan perlindungan tambahan bagi mengelak sentuhan langsung dengan peranti arus baki (412-14) kecuali soket alur keluar itu mempunyai satu atau lebih kaedah perlindungan yang berikut :

· Perlindungan secara penggunaan secara penggunaan voltan keselamatan yang amat rendah.

· Perlindungan secara pengasingan

· Perlindungan secara pengurangan voltan dengan memutuskan bekalan secara automatik.

1 comment: