Tuesday, December 7, 2010

Ternakan ikan air tawar

Ternakan ikan air tawar bermaksud menternak haiwan akuatik, memberi pengawasan dan penjagaan untuk mendapatkan keuntungan ekonomi dan sosial.

Kepentingan menternak ikan air tawar

1. Sebagai sumber makanan berprotein
Daging ikan mengandungi peratus protein yang tinggi dan mudah di hadam.

2. Sumber pendapatan
Permintaan untuk ikan sentiasa wujud.Oleh itu pasaran untuk ikan segar sentiasa wujud.Ini merupakan sumber pendapatan yang penting kepada penternak ikan.

3. Sesuai untuk ladang campuran
Najis ternakan boleh digunakan untuk membaja kolam ikan dan boleh digunakan sebagai
makanan ternakan.

4. Kawasan terbiar dapat digunakan semula
Bekas lombong dan paya dpat digunakan untuk menternak ikan.Oleh itu kawasan tersebut
tidak dibazirkan malah dapat membawa keuntungan yang lumayan.

Jenis ikan air tawar

  1. Jenis ikan air tawar yang biasa dipelihara ialah tilapia merah, patin, baung, keli, kap kepala besar,kap rumput, lampam jawa, sepat siam, haruan dan puyu.
  2. Jenis ikan air tawar dikategorikan kepada tiga kumpulan mengikut tabiat makan iaitu;

Kategori

Jenis ikan

a) Pemakan permukaan

Kalui, lampam jawa, kap rumput

b) Pemakan plankton (pertengahan air)

Tilapia merah, kap kepala besar, sepat siam

c) Pemakan bawah

Lee koh, jelawat, baung


Sistem ternakan

a) Sistem ternakan ikan air tawar yang biasa dijalankan adalah:

a) kolam tanah
b) kolam konkrit (tangki semen)
c) tangki gentian kaca (fiberglass)
d) kandang (pens)
e) bekas lombong
f) sangkar terapung

b) Faktor pemilihan yang mempengaruhi sistem ternakan ikan air tawar adalah:

  • topografi
  • spesis ikan yang hendak dipelihara
  • kuantiti dan kualiti sumber air
  • skala ternakan
  • modal yang ada

No comments:

Post a Comment