Thursday, December 2, 2010

Lampu pendarflour

Lampu Pendarflour Tempat Kediaman

Lampu pendarflour tempat kediaman atau pejabat biasanya berwarna putih. Terdiri daripada dua bahagian utama iaitu tiub dan perumah.


Tiub Pendarflour

1. Tiub pendarflour dibuat daripada kaca.

2. Tiub ini berisi gas argon dan wap raksa. ( merkuri )

3. Pada dinding tiub sebelah dalam disaluti bahan pendarflour (fostur)

4. Pada bahagian luar hujung tiub terdapat dua pin elektrod.


Perumah

1. Pada perumah lampu pendarflour terdapat pemegang tiub, cok dan suis penghidup.

2. Pemegang tiub berfungsi untuk memegang pin yang terdapat pada hujung tiub.

3. Cok membekalkan voltej tinggi awal untuk mengalirkan elektrot diantara kedua dua hujung elektrot.

4. Cok dihubung secara siri dalam litar.

Suis penghidup digunakan untuk menghidupkan lampu pada awal dan terus hidup walaupun suis penghidup ditanggalkan

Cara Kendalian Lampu Pendarflour

1. Apabila suis ditutup (dipasang), elektron dipancarkan oleh pin elektod.

2. Elektron ini mengalir dan mengakibatkan pelanggaran dengan wap raksa.

3. Pelanggaran ini menghasilkan sinaran ultra ungu. Sinaran ultra ungu tidak kelihatan pada mata kasar.

4. Sinaran ultra ungu akan terpancar pada lapisan pendarflour pada dinding lampu pendarflour. Ini

akan menghasilkan cahaya putih

Jadual Kerosakan Dan Cara Mengatasi

Kerosakan

Akibat

Cara Mengatasi

1. Cok rosak

Lampu tidak menyala apabila suis ditutup

(dipasangkan)

Tukar cok baru

2. Suis penghidup

rosak

1.Lampu tidak menyala apabila dihidupkan.

2.Lampu berkelip – kelip tetapi tidak menyala.

3.Lampu tidak menyala dan hujung tiub ditandai

gelang merah.

Tukar suis penghidup

3. Tiub rosak

Lampu berkelip – kelip atau tidak menyala.

Tukar tiub

4. Litar pintas

Fius agihan putus apabila lampu dinyalakan

Memeriksa pendawaian

lampu ( minta mereka yang

arif )

Kelebihan dan kelemahan lampu pendarflour

KELEBIHAN

KELEMAHAN

  1. Lebih terang kerana bercahaya

putih

2. Mempunyai kecekapan yang tinggi

pada bekalan yang sama.

  1. Dapat memberi banyak warna
  2. Penyinarannya sejuk
  3. Kurang silauan – tidak meletihkan mata.
  4. Tahan lama- lebih kurang 5000 jam
  5. Menjimatkan tenaga elektrik

  1. Belanja permulaan mahal.
  2. Menyebabkan faktor kuasa bekalan

menjadi rendah.

  1. Suhu sekeliling mempengaruhi

penghidupannya dan mengurangkan

cahaya pada suhu yang sejuk.

  1. Banyak gangguan atau kerosakan.

Mengganti Tiub Pendarflour

Langkah Kerja

  1. Suis lampu dimatikan.
  2. Pegang kedua-dua hujung tiub lampu pendarflour, dan pusingkan 90°.
  3. Tanggalkan tiub dan tukar tiub baru.
  4. Pasangkan tiub dengan memasukkan pin elektrod ke dalam pemegang.
  5. Pusingkan tiub kembali 90°.

No comments:

Post a Comment